Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Sejarah Kampung Baharu bermula apabila penduduk Kampung Nangka dan Kampung Paya mencari penempatan baru kerana kampung mereka sering dilanda banjir pada setiap musim tengkujuh.

Pada mulanya keluarga Haji Mohd Amin membina sebuah masjid untuk dijadikan tempat beribadah di Kampung Baharu ini yg pada asalnya hanya sebuah hutan.

Setelah memperoleh kata sepakat daripada kedua-dua kampung tersebut, Kampung Baharu telah berjaya dibina. Sumber rezeki penduduk Kampung Baharu adalah pertanian iaitu dengan penanaman padi.

Disini juga terdapat kilang kayu balak yang menjadi sumber pendapatan penduduk Kampung Bharu. Kampung Baharu juga dilengkapi dengan dewan sivik, masjid, surau, kedai runcit, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK), balairaya, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kampung Baharu terletak di antara dua bandar utama di Besut iaitu Jerteh dan Kuala Besut, jarak antara dua bandar ini lebih kurang 14 KM. Kampung Baharu berada di dalam Mukim Pengkalan Nangka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


JAMUAN AKHIR TAHUN

Aktiviti Terkini | 22 Disember 2019

Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun dan telah menjemput kanak-kanak sekitar kampung dan juga staf Pusat Internet Besut...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT ORIGAMI KERTAS

Aktiviti Terkini | 24 November 2019

Aktiviti hujung minggu bersama dengan pengunjung dan juga merupakan ahli Pusat Internet Kg. Baharu, iaitu Pertandingan Membuat Origami Kertas yang melibatkan kanak-kanak sekolah rendah di Pusat Internet Kg. Baharu, mereka dibenarkan untuk mencari idea dan juga melihat contoh untuk membuat origami di dalam aplikasi Youtube....baca selanjutnya

KUIZ ONLINE KAHOOT: KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Pelajar diberi penerangan tentang apa itu Klik Dengan Bijak (KDB), mereka juga diberi pendedahan untuk menggunakan laman web online sebenarnya.my....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN BERSAMA TADIKA KG. BAHARU 2

Aktiviti Terkini | 12 September 2019

Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan bersama dengan pelajar dan guru Tadika Kg. Baharu 2 untuk mengeratkan lagi hubungan antara staf pusat internet dengan masyarakat dan komuniti setempat terutamanya dengan guru dan juga pelajar Tadika Kg. Baharu 2....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA HARI KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2019

Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan satu aktiviti bulanan bersama dengan komuniti setempat, iaitu dengan kanak-kanak Kg. baharu dengan mengadakan Pertandingan Mewarna Hari Kebangsaan 2019 di Pusat Internet Kg. Baharu....baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR BERSAMA TADIKA KG. BAHARU 1

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2019

Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan satu aktiviti bulanan bersama dengan komuniti setempat iaitu pelajar Tadika Kg. Baharu 1 bagi meraikan Majlis Sambutan Hari Lahir Kanak- Kanak Tadika Kg. Baharu 1....baca selanjutnya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2019

Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan satu aktiviti bulanan bersama dengan komuniti setempat iaitu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri...baca selanjutnya

KUIZ ONLINE SEMPENA BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 17 Mei 2019

Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan satu aktiviti bulanan bersama dengan komuniti setempat iaitu Kuiz Sempena Bulan Ramadhan....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA & CLAY FLOWER

Aktiviti Terkini | 21 April 2019

Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan satu aktiviti bulanan bersama dengan pelajar-pelajar PDK Kg. Baharu bertempat di PDK Kg. Baharu yang melibatkan pelajar-pelajar PDK Kg. Baharu....baca selanjutnya

Mencari Perkataan Tersembunyi

Aktiviti Terkini | 16 Mac 2019

Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan satu aktiviti bulanan bersama dengan kanak-kanak setempat Kg. Baharu iaitu Mencari Perkataan Tersembunyi yang melibatkan penyertaan kanak-kanak sekitar Kg. Baharu....baca selanjutnya

Membina 3D Puzzle Eco

Aktiviti Terkini | 22 Februari 2019

Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan satu aktiviti bersama kanak-kanak sekitar PI Kg. Baharu dengan membina Puzzle 3D Eco...baca selanjutnya

Aktiviti Cara Membuat Origami Kanak-Kanak Tadika Kg. Baharu 1

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2019

Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan satu sesi kelas Pembelajaran Alam Maya (Online) membuat Origami bersama dengan kanak-kanak Tadika Kg. Baharu 1, penyertaan kali ini terdiri daripada 20 orang kanak-kanak Tadika, seorang guru pengiring dan juga petugas pusat internet...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti