Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Sejarah Kampung Baharu bermula apabila penduduk Kampung Nangka dan Kampung Paya mencari penempatan baru kerana kampung mereka sering dilanda banjir pada setiap musim tengkujuh.
Pada mulanya keluarga Haji Mohd Amin membina sebuah masjid untuk dijadikan tempat beribadah di Kampung Baharu ini yg pada asalnya hanya sebuah hutan.
Setelah memperoleh kata sepakat daripada kedua-dua kampung tersebut, Kampung Baharu telah berjaya dibina. Sumber rezeki penduduk Kampung Baharu adalah pertanian iaitu dengan penanaman padi.
Disini juga terdapat kilang kayu balak yang menjadi sumber pendapatan penduduk Kampung Bharu. Kampung Baharu juga dilengkapi dengan dewan sivik, masjid, surau, kedai runcit, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK), balairaya, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kampung Baharu terletak di antara dua bandar utama di Besut iaitu Jerteh dan Kuala Besut, jarak antara dua bandar ini lebih kurang 14 KM. Kampung Baharu berada di dalam Mukim Pengkalan Nangka.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023JAMUAN AKHIR TAHUN BERSAMA TADIKA KEMAS KG BAHARU 2
Aktiviti Terkini | 1 Disember 2021PEDi Kg Baharu Bersama-sama Tadika Kemas Kg Baharu 2 mengadakan jamuan akhir tahun Bersama pelajar-pelajar tadika...baca selanjutnya
LIVE PEMBELAJARAN ASAS ‘SKETCHUP ‘ BERSAMA PELAJAR
Aktiviti Terkini | 27 November 2021Staff membuat satu ‘Live’ di Laman Utama PEDi Kg Baharu tentang pembelajaran Asas ‘Sketchup’ . Pembelajaran ini juga dihadiri oleh beberapa orang murid. Pembelajaran asas merangkumi kaedah penggunaan ‘Mouse’ yang betul, cara-cara membuat bentuk geometri dengan Teknik yang betul...baca selanjutnya
CARA-CARA UNTUK DOWNLOAD SLIDE DI SLIDESMANIA.COM
Aktiviti Terkini | 25 Oktober 2021Staff membuat satu video tutorial di Page Pik Kg Baharu dan menjelaskan tentang cara-cara memuat turun ‘slide’ di ‘Slidemania.com’...baca selanjutnya
CARA-CARA MEMASUKKAN GAMBAR TANDATANGAN DI MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 24 September 2021Staff membuat satu video tutorial di Page Pik Kg Baharu dan menjelaskan tentang cara-cara memasukkan gambar tandatangan di Microsoft Word...baca selanjutnya
FB LIVE : SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-64 PUSAT INTERNET KOMUNITI KLUSTER BESUT DAN PASIR PUTEH
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021Majlis Sambutan Kemerdekaan Ke-64 Peringkat Pusat Internet Kluster Pasir Puteh & Besut Antara Pusat Internet Yang Terlibat Ialah: Pik Sungai Petai, Pik Cherang Ruku, Pik Tok Janggut, Pik Felda Tenang, Pik Kg Baharu, Pik Tasik Mengkuang...baca selanjutnya
CARA-CARA MEMBUAT TULISAN CANTIK DI APLIKASI WHATSAPP
Aktiviti Terkini | 23 Julai 2021Staff membuat satu video tutorial di Page Pik Kg Baharu dan menjelaskan tentang cara-cara membuat tulisan cantik di aplikasi Whatsapp...baca selanjutnya
LIVE SKETCHUP - PEMBELAJARAN ASAS SKETCHUP
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2021Staff mengadakan Live di Page Pik Kg Baharu dan menjelaskan tentang konsep-konsep Asas Pembelajaran Sketchup...baca selanjutnya
‘ KUIZ COVID19 BY GOOGLE FORM’
Aktiviti Terkini | 23 Mei 2021Sempena PKPD Pusat Internet Kg. Baharu telah mengadakan 1 Kuiz tentang Covid19 kepada para pelajar kelas ICT...baca selanjutnya
1 April 2021
Aktiviti Terkini | 1 April 2021Pik Kg Baharu telah membuat Live bersama Usahawan yang mendirikan D’Baruh Padi Kg Kerandang. ...baca selanjutnya
CARA-CARA MEMBUAT QRCODE UNTUK WHATSAPP DAN SCAN CODE WHATSAPP
Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021Pik Kg Baharu membuat satu video pembelajaran iaitu Cara-cara membuat QRCode untuk Whatsapp dan Scan Code Whatsapp...baca selanjutnya
CARA-CARA MENGEDIT IMEJ MENGGUNAKAN CAMSCANNER ONLINE
Aktiviti Terkini | 28 Februari 2021Pik Kg Baharu membuat satu video pembelajaran iaitu cara mengedit Imej @ gambar menggunakan Camscanner Online. ...baca selanjutnya
CREATE BIRTHDAY CARD USING CANVA
Aktiviti Terkini | 9 Januari 2021Mencipta kad hari jadi menggunakan aplikasi Canva. ...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya