Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Sejarah Kampung Baharu bermula apabila penduduk Kampung Nangka dan Kampung Paya mencari penempatan baru kerana kampung mereka sering dilanda banjir pada setiap musim tengkujuh.

Pada mulanya keluarga Haji Mohd Amin membina sebuah masjid untuk dijadikan tempat beribadah di Kampung Baharu ini yg pada asalnya hanya sebuah hutan.

Setelah memperoleh kata sepakat daripada kedua-dua kampung tersebut, Kampung Baharu telah berjaya dibina. Sumber rezeki penduduk Kampung Baharu adalah pertanian iaitu dengan penanaman padi.

Disini juga terdapat kilang kayu balak yang menjadi sumber pendapatan penduduk Kampung Bharu. Kampung Baharu juga dilengkapi dengan dewan sivik, masjid, surau, kedai runcit, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK), balairaya, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kampung Baharu terletak di antara dua bandar utama di Besut iaitu Jerteh dan Kuala Besut, jarak antara dua bandar ini lebih kurang 14 KM. Kampung Baharu berada di dalam Mukim Pengkalan Nangka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2018

Pusat Internet bersama dengan Team Mobile KWSP dan belia Kg. Baharu serta pelajar kelas ICT terlibat dalam menjayakan program ini, Pendaftaran I-akuan dan semakan KWSP oleh penduduk setempat serta pertandingan membuat video dan pertandingan mewarna dilakukan untuk belia dan kanak-kanak setempat....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG PERDANA & JAMUAN AKHIR TAHUN

Aktiviti Terkini | 22 November 2018

Pusat Internet Kg. Baharu mengadakan aktiviti Gotong-royong Perdana untuk membersihkan kawasan pusat internet bersama dengan kanak-kanak dan belia Kg. Baharu serta pelajar kelas ICT, selepas aktiviti gotong royong, sedikit jamuan BBQ diadakan sempena jamuan akhir tahun....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBUAT KAD KAHWIN PALING CANTIK

Aktiviti Terkini | 11 Oktober 2018

Pusat Internet Kg. Baharu mengadakan pertandingan membuat Kad Kahwin Paling Cantik, pertandingan diadakan di training room Pusat Internet Kg. Baharu yang melibatkan penyertaan seramai 10 orang peserta....baca selanjutnya

PERTANDINGAN CLAY CREATIVE

Aktiviti Terkini | 02 September 2018

Pusat Internet Kg. Baharu mengadakan pertandingan membuat clay dan pertandingan diadakan di Pusat Internet Kg. Baharu yang melibatkan penyertaan seramai 20 orang peserta....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA HARI KEBANGSAAN

Aktiviti Terkini | 05 Ogos 2018

Pusat Internet Kg. Baharu mengadakan pertandingan mewarna sempena Hari Kebangsaan 2018, pertandingan diadakan di hall Pusat Internet Kg. Baharu yang melibatkan penyertaan seramai 12 orang peserta....baca selanjutnya

KUIZ ONLINE KAHOOT: KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Pelajar diberi penerangan tentang apa itu Klik Dengan Bijak (KDB), mereka juga diberi pendedahan untuk menggunakan laman web online sebenarnya.my....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA MURID TABIKA KEMAS KG BAHARU (1)

Aktiviti Terkini | 27 Jun 2018

Pelajar diberi penerangan mengenai asas komputer dan KDB, mereka juga diberi pendedahan untuk menggunakan laman web online UpToTen....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2018

Pertandingan ini memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan peserta PI1M tentang bulan Ramadhan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI BAKTI SISWA

Aktiviti Terkini | 07 April 2018

Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain....baca selanjutnya

Program Kuiz KDB (KAHOOT)

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2018

Kuiz ICT Kahoot ini diadakan untuk menguji pengetahuan peserta dalam kalangan pelajar sekolah rendah mengenai ICT dan hadiah disediakan untuk para peserta kuiz....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK KG BAHARU

Aktiviti Terkini | 04 Februari 2018

Program ini adalah untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet) dan mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain...baca selanjutnya

KUIZ ICT

Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018

Kuiz ini bertujuan untuk mengetahui asas komputer serta penggunaan dan memberi semangat setia kawan dan gigih untuk menyiapkan tugasan yang diberikan...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti