INFORMASI TEMPATAN
Info:
- Sejarah Kampung Baharu bermula apabila penduduk Kampung Nangka dan Kampung Paya mencari penempatan baru kerana kampung mereka sering dilanda banjir pada setiap musim tengkujuh.
- Pada mulanya keluarga Haji Mohd Amin membina sebuah masjid untuk dijadikan tempat beribadah di Kampung Baharu ini yg pada asalnya hanya sebuah hutan.
- Setelah memperoleh kata sepakat daripada kedua-dua kampung tersebut, Kampung Baharu telah berjaya dibina.
- Sumber rezeki penduduk Kampung Baharu adalah pertanian iaitu dengan penanaman padi.
- Disini juga terdapat kilang kayu balak yang menjadi sumber pendapatan penduduk Kampung Bharu.
- Kampung Baharu juga dilengkapi dengan dewan sivik, masjid, surau, kedai runcit, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK), balairaya, sekolah rendah dan sekolah menengah.
- Kampung Baharu terletak di antara dua bandar utama di Besut iaitu Jerteh dan Kuala Besut, jarak antara dua bandar ini lebih kurang 14 KM. Kampung Baharu berada di dalam Mukim Pengkalan Nangka.
Setahun kemudian mereka telah menegakan sebuah surau kecil untuk bersembahyang jumaat dan berjemaah. Imanya Tuan Haji Husain bin Haji Mohd Amin. Tahun 1950 dengan gigih penduduk kampung ini dapat pula mendirikan sebuah sekolah secara bergotong-royong untuk memudahkan persekolahan anak-anak mereka. Tahun 1951 sekolah dapat dibuka dengan rasminya, pengasas ialah Tuan Haji Muhamd bin Haji Ismail(anak ketua kampung) dan menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Kampung Raja, Besut. Satu sejarah manis kepada kampung ini ialah pada tahun 1953 DYMM Almarhum Al-Sultan Ismail Al-Sulatan Terengganu telah membuat lawatan ke kampung ini dengan Helikopter. Semejak itu kampung ini bertambah maju dari masa ke semasa, seperti tahun 1956 dapat membina sebuah masjid secara bergotong-royong, perbelanjaan di sedekahkan oleh penduduk tempatan, 1967 sebatang jalan raya dari jertih ke Kuala Besut memalui tengah perut kampung ini telah di tarkan oleh kerajaan. Lain-lain kemudahan asas yang ada di kampung ini sebuah klinik bidan, sebuah balairaya, sebuah sekolah kebangsaan, sebuah pecan sehari, elektri 24jam, pondok telefon awam.
Sekembalinya Ketua Kampung ke rahmatullah, tahun 1972 di ganti pula oleh seorang anak watan yang bersemangat waja menyambung tugasnya, beliau ialah Tuan Haji Muhamad bin Awang. Selain daripada JKKK di kampung ini ada ditubuhkan badan-badan sukarela yang sangup berganding bahu untuk memajukan kampung ini seperti Jawatankuasa Masjid, PIBG, RELA, Unit LPP, UMNO dan Persatuan Belia Tunas Harapan ‘PBTH’ MAYC. Persatuan belia kampung ini telah menjadi Johan di dalam ‘KBJ’ 1986 peringkat negeri Terengganu dan pernah menjadi Tuan rumah di dalam Musabaqah Al-Quran Peringkat kebangsaan anjuran MAYC kebangsaan. Sempena Negara menyabut 25 Tahun kemerdekaaqn iaitu dalam tahun 1982 kerajaan telah mengajurkan pertandingan antara JKKK peringkat negeri Terengganu. JKKK kampung ini mendapat tempat kedua dalam pertandingan itu. "
DAERAH | BESUT |
DUN | KUALA BESUT |
MUKIM | PENGKALAN NANGKA |
PARLIMEN | BESUT |
NEGERI | TERENGGANU |
Koordinat GPS:
5.79881, 102.52107
Populasi Penduduk:
- Melayu(99%)
- Cina(1%)
Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – Sederhana
2). Dewasa / Belia – Tinggi
3). Kanak-kanak - Tinggi
Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta
Pusat Tumpuan Pelancong
Bukit Keluang Besut |
|
Gunung Tebu |
|
La Hotspring |
|
Lata Belatan |
Lata Tembakah |
Pantai Bukit Keluang |
|
Pulau Perhentian |
Tempat Makan Yang Menarik
Sate Lanang Jabi |
|
Selera D'Lampu |
T'Cafe |
Zul Ikan Bakar |
Homestay
Cahaya Keluarga HomestayHubungi: Haji Ismail Bin Haji OmarNo. Tel: 09-691 0470 / 019-953 6712 Harga: RM 150.00/night |
HR HomestayHubungi: En. Haji Abd. Halim Bin Haji OmarTel: 019-400 3399 Harga: RM 180.00/night |
Lokasi-Lokasi
Balai Bomba & Penyelamat Jerteh |
Balai Raya Kampung Baharu |
Dewan Sivik Kampung Baharu |
|
Hospital Besut |
Klinik Kesihatan Kampung Baharu |
Masjid Haji Hussein Kampung Baharu |
Perpustakaan Awam Daereh Besut |
Pondok Polis Beris Pak Abu |
Lokasi-Lokasi
Maktab Perguruan Sultan Mizan |
Unisza Tembila, Besut |
|
Pusat Pemulihan Komuniti(PDK) Kampung Baharu |
Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu |
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri |
Alamat : 3135-A, kampun Tok Dat, 22000 Jerteh, Terengganu.
No. Telefon : 014-5050041
Tahun menjadi Ahli PI1M : 2018
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Husna memulakan perniagaan online pada bulan oktober 2016. Pendapatan bulanan beliu hanya sekitar Rm500 sahaja sebulan. Jumalah pelanggan bulanan adalah 20 orang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baharu, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Setelah melakukan promosi kini, produk beliau lebih dikenali orang ramai, samada orang sekitar mahupun orang yang berada di luar kampung,dan dengan ini telahmenanbah pendapatan bulanan kepada Rm800-Rm1300.
Nama : Muhamad Danial Rafiq Ahmad Faizal
Alamat : No 841 Kampung Baharu, 22300 Kuala Besut, Terengganu.
Umur : 9 Tahun
Tahun menjadi Ahli PEDi : 2017
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
Muhamad Danial Rafiq Ahmad Faizal merupakan salah seorang pelajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu. Danial merupakan seorang pelajar yang aktif dan minat untuk belajar tentang ICT.
• Anis tidak tahu cara penggunaan asas komputer.
• Anis tidak tahu menaip dengan betul.
• Anis tidak tahu manfaat dan penggunaan Microsoft Office Word, Excel, Power Point, Paint kepadanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :
• Anis dapat belajar cara penggunaan asas komputer dengan betul.
• Anis dapat menaip menggunakan papan kekunci dengan betul.
• Anis dapat menggunakan Microsoft Office Word, Excel, Power Point, Paint dalam pembelajaran sekolahnya.
Alamat : No 2 Taman Perwira Kg Beris Lampu, 22300 Kuala Besut, Terengganu
No. Telefon : 013-3021836
Tahun menjadi Ahli PEDi : 2018
Izilaini mula menjual kuih kecil-kecilan yang dibuat sendiri bersama keluarga, dan di jual di kawasan setempat besut dan pasir putih. Setelah mempalajari cara mempromosi produk secara atas talian produk mula mendapat sambutan dan setiap kali musim perayaan tempahan makin meningkat dan berkembang ke luar. Pendapatan Jualan beliau hanya sekitar RM500 sahaja sebulan.
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Kg. Baharu, beliau kini dapat mempromosikan produk beliau dengan lebih efisen . Setelah melakukan promosi kini, produk beliau lebih dikenali orang ramai dan telah meningkatkan hasil jualanya kepada Rm1000~Rm2000 sebulan.