PERTANDINGAN MEWARNA & CLAY FLOWER
Aktiviti terkini | 21 April 2019Tempat Aktiviti:
PDK Kg. Baharu
Tujuan :
• Untuk mengeratkan lagi hubungan antara staf pusat internet dengan masyarakat dan komuniti setempat terutamanya dalam kalangan pelajar istimewa PDK dan juga staf-staf PDK.
Butiran Aktiviti :
• Pertandingan ini bermula pada pukul 9.30 – 11.30 petang.
• Mereka diberikan masa selama 1 jam untuk mewarnakan gambar lukisan, dan 1 jam lagi untuk mmembuat Clay Flower bertemakan sambutan hari lahir yang disediakan oleh PI Kg. Baharu.
• Penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf pusat internet dan komuniti setempat khususnya pelajar –pelajar dan staf PDK Kg Baharu.
• Aktiviti sebegini boleh mengasah bakat dan daya kreativiti yang ada dalam diri pelajar-pelajar PDK Kg. Baharu.
• Melahirkan rasa seronok dan minat pelajar-pelajar PDK untuk datang ke pusat internet serta dapat menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pusat internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :