Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Sejarah Kampung Baharu bermula apabila penduduk Kampung Nangka dan Kampung Paya mencari penempatan baru kerana kampung mereka sering dilanda banjir pada setiap musim tengkujuh.
Pada mulanya keluarga Haji Mohd Amin membina sebuah masjid untuk dijadikan tempat beribadah di Kampung Baharu ini yg pada asalnya hanya sebuah hutan.
Setelah memperoleh kata sepakat daripada kedua-dua kampung tersebut, Kampung Baharu telah berjaya dibina. Sumber rezeki penduduk Kampung Baharu adalah pertanian iaitu dengan penanaman padi.
Disini juga terdapat kilang kayu balak yang menjadi sumber pendapatan penduduk Kampung Bharu. Kampung Baharu juga dilengkapi dengan dewan sivik, masjid, surau, kedai runcit, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK), balairaya, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kampung Baharu terletak di antara dua bandar utama di Besut iaitu Jerteh dan Kuala Besut, jarak antara dua bandar ini lebih kurang 14 KM. Kampung Baharu berada di dalam Mukim Pengkalan Nangka.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PERTANDINGAN KUIZ KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 24 Disember 2017Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA (PAINT)
Aktiviti Terkini | 29 November 2017Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya
'3D Printer Training'
Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017Tujuan program ini diadakan adalah bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lebih mendalam cara penggunaan 3D printer secara betul. Antaranya, mempelajari software penggunaan 3D printer....baca selanjutnya
SUKAN AIR DUN KUALA BESUT
Aktiviti Terkini | 22 & 23 September 2017Acara sukan air ini diadakan pada 22 dan 23 September 2017 bertempat di jeti Kg Nail, Kuala Besut, program ini dirasmikan oleh YB Nawi bin Mohamad ADUN HULU BESUT, dan perasmian penutup oleh YBM Tengku Zaihan ADUN Kuala Besut....baca selanjutnya
MAJLIS PERASMIAN PI1M KAMPUNG BAHARU
Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2017Program ini dijalankan bagi memperkenalkan dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya
PERTANDINGAN FAST TYPING
Aktiviti Terkini | 28 Julai 2017Aktiviti ini dapat melahirkan masyarakat yang berdaya cerdas dalam IT dan menambah baik cara menaip...baca selanjutnya
PERTANDINGAN KUIZ SEMPENA RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 19 Jun 2017Pertandingan ini dapat menambahkan pengetahuan peserta Pi1M tentang bulan Ramadhan dan memberi tazkirah kepada peserta pi1m tentang bulan ramadhan....baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA MURID TABIKA KEMAS KG BAHARU (1)
Aktiviti Terkini | 07 Mei 2017Program ini dapat memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia Kg Baharu kepada murid Tabika Kemas Kg Baharu (1) dan memberi gambaran kepada murid tabika tentang kompenen dalam sesebuah komputer. Selain itu, dapat mengajar murid-murid tabika supaya berhati-hati dalam melayari internet dan Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya
'Public Speaking & High Impact Presentation Training'
Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) KG BAHARU
Aktiviti Terkini | 15 April 2017Program ini memberi gambaran kepada murid PDK tentang kompenen dalam sesebuah komputer dan mengajar murid-murid PDK supaya berhati-hati dalam melayari internet dan Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA MURID TABIKA KEMAS KG BAHARU (2)
Aktiviti Terkini | 15 Mac 2017Program ini bertujuan untuk memperkenalkan asas-asas komputer kepada kanak-kanak Tabika Kemas Kg Baharu (2). Selain itu, pihak PI1M jugan mengadakan Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB). Pengurus menggunakan laman web www.Uptoten.com untuk murid-murid tabika....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya