HARI BERSAMA KOMUNITI & PERKHIDMATAN MOBILE TEAM KWSP KUALA TERENGGANU

Aktiviti terkini | 10 Disember 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Baharu

Tujuan :
• Untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk setempat dengan staf pusat internet dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang diadakan di pusat internet.

Butiran Aktiviti :
• Team Mobile KWSP Kuala Terengganu dengan kerjasama pusat internet telah datang ke PI Kg. Baharu untuk segala urusan yang melibatkan KWSP, penduduk sekitar khususnya Kg. Baharu dapat nmenikmati perkhidmatan Mobile KWSP secara percuma dengan hanya berkunjung ke PI Kg. Baharu.
• Golongan belia dan kanak-kanak di Kg. Baharu juga dapat menikmati Hari Bersam Komuniti ini dengan menyertai pertandingan membuat video bagi remaja dan pertandingan mewarna bagi golongan kanak-kanak-kanak.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain apabila berkumpul beramai-ramai antara staf pusat internet dan juga penduduk sekitar, terutamanya kanak-kanak dan golongan belia yang sering berkunjung ke pusat internet.
• Membantu memudahkan urusan penduduk kampung yang berkaitan dengan urusan KWSP tanpa perlu pergi kebandar untuk urusan KWSP, dengan hanya berkunjung ke pusat internet sahaja, urusan mereka dapat diselesaikan dengan mudah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :