PROGRAM “KLIK DENGAN BIJAK DI SMK SUNGAI PETAI”

Aktiviti terkini |21 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Smk Sungai Petai

Ringkasan Aktiviti :
• Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.


Tujuan :
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Seawal jam 11.30 pagi program bermula, semua pelajar berkumpul di dewan. Pelajar di perkenalkan dengan peranan PEDi dan diteruskan dengan dengan taklimat ini dan akhir sekali aktiviti kuiz berlangsung beserta pembahagian simkad digi secara percuma kepada pelajar.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat
• Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online)
• Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.


Nama VIP :


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :