PROGRAM “KLIK DENGAN BIJAK DI SMK (A) DATO’ ISMAIL”

Aktiviti terkini |5 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Smk (A) Dato’ Ismail

Ringkasan Aktiviti :
• Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.


Tujuan :
• Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
• Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Seawal jam 11.00 pagi program bermula, semua pelajar berkumpul di dewan.
• Pelajar di perkenalkan dengan peranan PEDi dan diteruskan dengan dengan taklimat ini dan akhir sekali aktiviti kuiz berlangsung.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat
• Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online)
• Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.


Nama VIP :
• Pengetua Smk (A) Dato’ Ismail (Eh Wan Ahmad Kamal)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :