Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Sejarah Kampung Baharu bermula apabila penduduk Kampung Nangka dan Kampung Paya mencari penempatan baru kerana kampung mereka sering dilanda banjir pada setiap musim tengkujuh.

Pada mulanya keluarga Haji Mohd Amin membina sebuah masjid untuk dijadikan tempat beribadah di Kampung Baharu ini yg pada asalnya hanya sebuah hutan.

Setelah memperoleh kata sepakat daripada kedua-dua kampung tersebut, Kampung Baharu telah berjaya dibina. Sumber rezeki penduduk Kampung Baharu adalah pertanian iaitu dengan penanaman padi.

Disini juga terdapat kilang kayu balak yang menjadi sumber pendapatan penduduk Kampung Bharu. Kampung Baharu juga dilengkapi dengan dewan sivik, masjid, surau, kedai runcit, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK), balairaya, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kampung Baharu terletak di antara dua bandar utama di Besut iaitu Jerteh dan Kuala Besut, jarak antara dua bandar ini lebih kurang 14 KM. Kampung Baharu berada di dalam Mukim Pengkalan Nangka.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM “MAJLIS AKHIR TAHUN TBK KG BAHARU 2 DAN TBK KG GONG MANOK”

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2023

Program diadakan di Dewan Sivik Kg Baharu. Majlis ini bermula pada pukul 9.15 pagi hingga 12.30 tengahari. ...baca selanjutnya

PROGRAM “MEWARNA DAN JAMUAN AKHIR TAHUN TBK KG BAHARU 1”

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2023

Program diadakan di TBK Kg Baharu 1. Aktiviti ini bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program mewarna ini adalah kerjasama antara PEDI Kg Baharu dan Tbk Kg Baharu 1 disamping meraikan jamuan akhir tahun untuk pelajar tadika Kg Baharu dan dimeriahkan dengan Kehadiran ibu bapa pelajar....baca selanjutnya

PROGRAM “KLIK DENGAN BIJAK DI SMK (A) DATO’ ISMAIL”

Aktiviti Terkini | 5 Februari 2023

Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DI SK PASIR PUTEH (L)

Aktiviti Terkini | 5 Februari 2023

Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya

PROGRAM BENGKEL MEMBUAT SABUN BASUH PINGGAN PUAN ZUE

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2023

Program ini adalah kerjasama antara, PEDi Kg Jabi dan Pedi Kg Baharu....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti